KAFE AERIN

BAB 2
“Kak…..mana dua makhluk asing yang akan buat hidup kita merana ni?tak sabar arin nak tengok..”erin sudah menjeling pada arin yang terjengah-jengah mencari pasangan mereka yang tidak dikenali itu.“mama cakap diaorang pakai kemeja putih…. Jeans.. tapi… dua-dua makhluk asing tu pakai baju yang sama ke?”
erin hanya mendengar tanpa menyampuk , tiada mood untuk dia menegur mulut arin yang seperti jagung bertih itu. Tiba-tiba matanya tertumpu pada satu sudut. “arin….”arin menoleh dan melangkah dengan penuh tanda tanya. “tutuplah mulut akak tu.. nanti lalat ke nyamuk masuk siapa yang susah? Akak juga.. apa yang menarik minat akak ni?ada orang buat maksiat ke?”arin terjengah-jengah mencari punca kenapa erin tergamam.matanya melilau-lilau sehinggalah matanya tertacap pada tubuh dua orang makhluk yang cukup dikenalinya. Secara automatic kakinya melangkah ke arah dua orang makhluk tadi. Erin terkejut dengan tindakan spontan adik kembarnya itu lalu memanggil-manggil supaya adiknya itu mematikan langkahnya itu.
Haiqal dan Daniel berpaling sebaik sahaja merasakan seseorang mendekati mereka. “apa awak berdua buat disini? Then kenapa pakai kemeja putih? Dan kenapa awak mesti berdua?”Daniel terkebil-kebil memandang arin yang menyerang mereka dengan pertanyaan yang berbelit-belit dan boleh memeningkan kepala seseorang.
“eerrrr…..”baru sahaja Daniel mahu membuka mulut tiba-tiba erin datang dengan tercungap-cungap. “ahhh…. Arin.. penat akak kejar.. errr.. maaf kami mengganggu..”Haiqal dengan senyuman berkata dua kali lima seperti arin“kami disini untuk menunggu bakal tunang-tunang kami.. then kemeja ni..senang untuk bakal tunang-tunang kami tu cari kami.. dan mestilah kami berdua sebab awak pun berdua juga..”erin sudah menyengetkan kepalanya menyebabkan haiqal tergamam. ‘alahai.. comel gila dia!!’
“hahahaha….. saya rasa lebih baik kami blah dulu  sebab saya rasa kami dah menganggu awak..” ujar arin kelam kabut sambil menarik tangan erin untuk beredar dari situ. “ehemm… awak tak nak berkenalan dengan tunang awak ke?”langkah arin terhenti.dengan slow motion arin menoleh kearah Daniel. ‘takkanlah dia….’ Daniel memberikan senyuman manis kepada arin yang memberikan reaksi lucu kepada mereka dan haiqal pula memberikan senyuman sinis pada erin yang seakan disumpah menjadi patung. ‘hahaha.. terkejut sampai tak boleh cakap apa-apa ke?’
“ehhh… awak silap orang ni.. bukan kamilah tunang awak.. pasti awak berguraukan.. hahaha…” arin dengan hati yang gelisah cuba mengembalikan erin yang sudah ‘hilang’ dari alam reality. ‘ya allah dah gila ke akak aku ni lepas dapat tahu dua ekor makhluk asing ni bakal tunang kami?’
“hahhh…. Bukan kami tersilap.. tapi awak yang tak nak terima hakikat..”dengan aksi cool haiqal melangkah kearah erin yang membatu sedari tadi kemudian dia mendekatkan wajahnya ke telinga erin dengan senyuman sinisnya.. “hehh.. sayanggg….” Dengan pantas erin yang ‘hilang’ kembali juga ke alam nyata.
“ini sesi perkenalan kitakan?kenapa dingin semacam je? Marilah duduk sambil tu kita berbual..” ujar Daniel.arin sudah pun menarik erin yang memandang takut pada haiqal yang masih tersenyum sinis itu. Haiqal dan senyuman sinisnya memang sebati dan tidak boleh dipisah mahupun dicincang.. dengan lagak kurang sopan arin menghempaskan punggungnya kekerusi batu menyebabkan dia menunduk menyembunyikan wajah yang menyeringai kesakitan sedangkan erin masih lagi memandang kearah haiqal. Dia seakan tahu mana satu bakal tunangannya dengan tingkah haiqal sebentar tadi. Arin yang menyedari erin seakan dipukau mencengkam lengan erin dengan kuat.“cik erinda ellyana… mari duduk..” kata arin dengan keras.. ‘ohh… erinda ellyana…’ desis hati haiqal. Erin yang baru tersedar seratus peratus menuruti arahan arin.
“jadi…. Awak berdualah bakal tunang kami?” soal arin penuh benci. Daniel hanya mengangguk. “awak berdua pun dah tahu lebih awal yang kami ni bakal tunang awak?” sekali lagi Daniel mengangguk menyebabkan jiwa erin menjerit dan sekali gus menyebabkan erin memicit kepalanya yang seakan ada pesta bunga api. “jadi… boleh saya tahu mana satu bakal tunang saya dan yang mana bakal tunang erin?”kali ini Daniel hanya tersenyum dan haiqal pula yang bersuara. “erin is mine..” arin tersentak menyebabkan sikunya yang diletakkan diatas meja terjatuh dari kedudukan asal dan secara automatic matanya memandang Daniel yang masih mengekalkan aksinya. ‘dia???’
Haiqal sudah memberikan wajah penuh amaran kepada erin yang menatap penuh takut wajahnya. ‘muka aku ni muka lanun ke sampai dia takut sangat dengar aku ni bakal tunang dia?’ erin sudah menahan dadanya yang seakan mahu meletup menahan rasa takut akan nasibnya selepas ini. Rasa takutnya semakin menjadi-jadi bila terpandang wajah haiqal yang memberi maksud ‘berhati-hati selepas ni..’
“maaf… tapi boleh tak kalau kita tukar partner?” erin, haiqal dan Daniel sama-sama memandang arin yang mengajukan soalan tidak masuk akal itu. “changing partner?kenapa?” soal haiqal kasar.
“saya tak sanggup nak menghadap muka dia ni hari-hari… sakit jiwa saya bila lihat dia asyik tersenyum… dan tak mungkin saya nak bagi kakak saya bertunang dengan awak yang muka macam perompak ni?” haiqal yang mendengar komen yang keluar dari mulut arin serta-merta menjadikan wajahnya yang serba dingin menjadi lebih dingin tetapi Daniel masih lagi tersenyum bagai tiada apa-apa yang berlaku sebentar tadi.
“jadi awak lebih rela menghadap muka perompak dari muka yang penuh senyuman dan membiarkan kakak awak pula yang menghadap muka saya?” soal Daniel. “of course.. awak tak terfikir ke yang erin akan sentiasa hidup dalam ketakutan lepas kahwin dengan dia? Setiap hari nak menghadap muka yang menakutkan. Lainlah awak.. senyuman tu dah sebati dengan jiwa kakak saya…”
“maaflah.. tapi permintaan awak tu tak mungkin dapat kami penuhi… sebab puan ellysha yang tentukan pasangan masing-masing.”erin dan arin tercengang. “kak…akak sanggup ke jadikan muka perompak tu laki akak?”soal arin. “mama ni macam nak dera kita je… takkanlah mama sanggup nak jodohkan akak dengan muka perompak tu?”tersirap darah haiqal mendengar kata-kata arin itu. Erin mengeluh.
Selepas beberapa minit barulah erin bersuara.“tak apalah… kan kita dah janji dengan mama… takkan kita nak mungkir janji pula.. akak tak kisah…” haiqal dan Daniel tersenyum puas. Arin masih lagi tidak berpuas hati namun akhirnya dia akur.
“baik…tapi dengan syarat…” arin kemudiannya mengeluarkan empat helai kertas dari tas tangan lalu diberikan seorang sehelai.






Syarat-syarat perkhawinan:1.pasangan tidak dibenarkan menyentuh atau mengambil kesempatan ketika sedang berdua-duaan.(tidur berasingan)2.ketika dihadapan keluarga harus berlakon seperti pasangan bahagia.3.jangan menyakiti pasangan.    …………………….                             ………………………..




Erin , haiqal dan Daniel serentak memandang kearah arin selepas selesai membaca isi kandungan perjanjian tersebut. Erin tersenyum lega , Daniel masih kekal tersenyum dan haiqal berlagak tenang.
“setuju?”ujar arin.“baiklah…”balas Daniel.
“jadi sekarang kita boleh tanda tangan…”
“tapi kami pun ada syarat kami juga…”kata Daniel tiba-tiba.erin dan arin mengerutkan keningnya. Daniel menulis sesuatu pada syarat perjanjian itu kemudian diserahkan kepada arin. Haiqal hanya membiarkan kerana dia tahu abangnya matang dalam membuat keputusan.




Syarat-syarat perkhawinan:1.pasangan tidak dibenarkan menyentuh atau mengambil kesempatan ketika sedang berdua-duaan.(tidur berasingan)2.ketika dihadapan keluarga harus berlakon seperti pasangan bahagia.3.jangan menyakiti pasangan.4.pasangan perlu menunaikan tanggungjawab masing-masing.5.si isteri perlu memanggil  suaminya ‘abang’.  …………………….                             ………………………..


Arin tersenyum..kemudian mereka berempat menurunkan tandatangan pada helaian masing-masing.