KAFE AERIN

1


erin dan arin berdiri sambil melihat papan yang bertulis 'KAFE AERIN' dihadapan kafe milik mereka berdua.. mereka berdua tersenyum puas apabila cita-cita mereka tercapai iaitu mahu membuka kafe perkongsian milik mereka berdua. 
"hai anak-anak papa ni... suka dapat buka kafe ni?"tanya dato' haris kepada kedua-dua anak kembar dia.erin dan arin tersenyum sambil menganggukkan kepala serentak.
 "terima kasih papa.."ucap erin seraya mencium pipi dato' haris.
 "thanks pa..sayang papa lebih.."kata arin sambil ketawa lalu turut mencium pipi dato' haris.
 "hai... sayang papa lebih? that's mean sayang mama kuranglah ni ye?"mereka berempat ketawa mendengarkan gurauan puan ellysha.

* * * * * *


kini sudah sebulan kafe aerin dibuka dan sehingga kini perniagaan mereka berjalan dengan begitu lancar dan mendapat sambutan yang baik dari pelanggan mereka.
“cik erin?”tegur arenda iaitu selaku orang kepercayaan erin dan arin di kafe itu.erin yang baru sahaja mahu melangkah menuju ke pejabat terus berpaling kearah arenda.
“ya?”tanya erin sambil meghulurkan senyuman.
“ada pelanggan yang nak berjumpa dengan cik..”
“pelanggan?siapa ye?”
“tak tahulah cik.. tapi mereka semua lelaki..”dahi erin berkerut ‘lelaki?siapa?’
“kamu pasti ke saya yang mereka nak jumpa bukan arin?”tanya erin.arenda terdiam sambil memutarkan biji matanya keatas seperti memikirkan sesuatu.
“eerrrr…. Cik.. saya tak tahu pula.. mereka Cuma beritahu yang mereka nak berjumpa dengan pengurus kafe ni..”terang arenda sambil tersengih.erin mengigit hujung bibirnya. “ok.. biar saya jumpa dengan mereka..” arenda membawa erin kepada dua pemuda yang sedang rancak berbual.dengan senyuman erin menegur. “ya encik? Boleh saya bantu?”Kedua-dua pemuda itu berhenti berbual dan memandang kearah erin.salah seorang dari mereka berkata sambil merenung tajam kearah erin. “awak pengurus kafe ni?”
Erin yang berasa tidak selesa direnung sebegitu cuba untuk berlagak tenang dan tersenyum. “ya.. tapi ada lagi seorang pengurus kafe ni..”
“tolong panggilkan dia sekali..”
“baiklah..”balas erin sambil memandang kearah hanum dan meminta hanum memanggil arin keluar dari pejabat.seketika kemudian arin keluar dan melangkah kearah erin sambil memegang sebuah fail kafe..
“kenapa kak?”tanya arin sambil melemparkan senyuman kepada pelanggan-pelanggan mereka.
“ini adik saya, pengurus kedua kafe ini..”jelas erin masih mengekalkan sifat tenangnya.
“ya boleh saya bantu?”soal arin kepada pemuda-pemuda itu.
“awak berdua rasa awak dah cukup bagus dengan kafe awak ni?”soal pemuda yang berbaju kemeja , bertali leher dan mempunyai tag nama ‘haiqal’.terkejut sungguh erin dan arin dengan soalan haiqal yang solah-olah mereka berdua telah berbuat salah dengannya.
“maaf encik?kami tak faham maksud encik.. makanan yang kami sediakan tak sedap ke?”dengan ramah erin bertanya tapi arin pula bagai tertelan cuka. Berkerut dahinya berlapis-lapis.
“saya rasa kafe ni taklah sebagus mana..”ujar haiqal sambil tersenyum sinis memandang erin.
“encik.. maaf kalau kafe ni tak memberikan layanan yang baik untuk encik..”erin menundukkan sedikit badannya beberapa saat.
‘hehh.. aku nak tengok berapa lama kau boleh kekalkan sikap tenang kau tu..’desis hati haiqal sambil terus merenung erin.kemudian dikalihkan matanya kearah abangnya yang sedang tersenyum memandang arin.daniel yang terpandangkan pandangan haiqal terus bersuara. “maaf.. tapi memang kami tak berpuas hati dengan layanan disini..”
“kalau tak puas hati keluar jelah dari sini..”balas arin dengan suara yang keras.erin cepat-cepat mengenggam lengan arin meminta supaya bertenang.
“maaf.. boleh saudara terangkan layanan apa yang saudara tak berpuas hati?”soal erin.
“layanan awak berdua..”balas Daniel sambil menjeling kearah haiqal.tiba-tiba arin menghentak meja dan menghadiahkan renungan tajam kearah Daniel tetapi daniel tetap tersenyum manakala erin perlahan-lahan mengudur dan berdiri dibelakang arin.
‘hehh.. pucat juga muka kau..’dalam arin sedang main tenung-tenung dengan Daniel , haiqal pula sibuk memerhatikan erin.
Pekerja-pekerja kafe masing-masing terdiam.mujur waktu itu tiada pelanggan macam tahu-tahu perang dunia nak meletus.
“sorry… if awak dan awak…”arin menunding jarinya tepat-tepat kearah batang hidung haiqal dan Daniel satu-satu. “…tak berpuas hati dengan layanan kami… awak boleh keluar dari kafe ni.. kami tak memerlukan pelanggan seperti awak untuk datang kekedai kami…”
“arin… dah lah tu..”bisik erin sambil menarik baju arin supaya menjauhi pelanggan yang tidak bertauliyah itu.
“maaf..”sekali lagi erin menundukkan badannya.
“seperti yang saya katakan.. awak sendiri lihat bukan? Layanan adik awak terhadap kami?”kata Daniel lagi menaikan suhu didih darah arin. Arin yang mahu menyerang kata-kata itu terhenti apabila erin meminta maaf sekali lagi.arin menaikan anak matanya keatas menandakan dia tidak suka dengan sikap kakaknya yang terlalu mementingkan pelanggan.
“saya harap lain kali kalau kami datang lagi…layanan awak lebih baik..”kata haiqal ditujukan kepada arin dan terus berlalu pergi bersama Daniel dengan senyuman yang cukup menyakitkan hati arin.

No comments:

Post a Comment