KAFE AERIN

sambungan bab1 (2)


"dah balik??"tegur puan ellysha pada arin tetapi tidak menyahut malah diberikan muka yang masam mencuka bak asam boi sambil menghentak-hentak kaki mendaki tangga.puan ellysha menjongketkan sebelah keningnya tanda pelik dengan tingkah anaknya itu.
"assalamualaikum.."puan ellysha memandang erin dimuka pintu sambil menyahut salam.ditenungnya muka erin lalu dinaikkan dagu sebagai isyarat bertanya.
"tadi ada problem sikit kat kafe..."keluh erin.puan ellysha mengherot-herotkan mulutnya sambil mengganggukkan kepala.
"problem apa?"soal puan ellysha sambil menyuruh erin duduk disebelahnya..
"tadi ada dua orang pelanggan komen pasal arin.. tu yang dia mengamuk... anak mama tu mana boleh orang lain tegur dia... mulalah nanti nak melenting.."bebel erin.
"yelah.. kamu pergilah pujuk dia.."arah puan ellysha.erin menganggukkan kepala dan berlalu ketingkat atas.puan ellysha menggelengkan kepalanya mengenangkan sikap erin dan arin. sifat mereka berdua yang berbeza.erin seorang yang bertimbang rasa dan berlemah lembut tapi mudah dipermainkan orang.arin pula sememangnya agresif dan nakal , pantang diusik pasti melenting. puan ellysha risau dengan perangai anak-anak kembarnya.dalam mengenangkan sikap erin dan arin tiba-tiba puan ellysha tersenyum dan dengan pantas mendail nombor telefon puan adira.sesaat..
"hello.. assalamualaikum..kak.."
* * * * * * 

"woww!!!"haiqal dan daniel bersorak riang didalam ruang pejabat 'KAFE HANIEL' selepas puas mengusik kembar seiras di kafe mereka.
"good job!!hahahaha..."daniel tersengih mendengar pujian dari adiknya itu. "abang tengok tadi si erin tu?mula-mula bukan main cool lagi.. hahhh... tapi bila adik dia mengamuk... pucat terus...hahaha..."kutuk haiqal.
"bukan main kau kutuk dia ya?pucat-pucat pun bakal tunang kau juga.."tempelak daniel membuatkan haiqal menyeringai.
"cantik juga si erin tu..abang tak rasa ke?"soal haiqal membuatkan daniel menjeling tajam kemudian mengeluh.
"kau suka ke?"soal daniel kembali. haiqal merenung syiling sambil menongkat dagu.
"suka juga kot..."jawab haiqal perlahan. "abang tak suka ke kat arin tu?"pertanyaan itu membuatkan daniel mengeluh. "abang.. inilah masanya abang nak lupakan amira... takkan sampai tua abang masih nak tunggu dia yang dah curang kat abang?"sekali lagi daniel menjeling apabila mendengar perkataan 'curang'.
"kau takkan tahu macam mana rasanya kena tinggal dengan awek yang kau sayang gila-gila...kau tak pernah couplekan?"haiqal memekakkan sahaja telinganya dari mendengar abangnya mula membuka kisah jiwang.daniel yang melihat haiqal tidak mengendahkannya naik bengang lalu membaling kusyen kecil kearah haiqal tapi sempat dielak.
* * * * * *
arin melihat kesekeliling ruang kafe sambil merungut. "manalah perginya semua pekerja-pekerja aku yang dedikasi lagi ayu ni?"rungutan arin itu menyebabkan erin menjeling tajam kearahnya.
"belum waktu kerja lagilah sayang.. baru pukul 9 pagi.."keluh erin sambil melihat arin yang tergaru-garu kepala sambil melihat jam kemudian tersengih sendirian. 'apalah mimpi adik aku sorang ni..'sedang erin dan arin leka melakukan kerja masing-masing, loceng menandakan pintu terbuka berbunyi.
"maaf.. tapi kami...."erin terpaku sebaik memandang pintu masuk kafe.arin yang melihat dari pejabat kakaknya terpaku terus menjengah "ada apa....."senyuman arin terus terpadam dari wajahnya yang comel itu. 'kenapa mamat dua ekor ni masih datang sini lagi?!'jerit arin dalam hati.
"maaf.. kami sengaja datang awal supaya tak berebut.."terang daniel sambil memberikan senyuman paling manis.
"errr... tak apalah.. encik boleh duduk dulu.."jemput erin sambil menerus kerjanya. “arin.. tolong…”erin menghulurkan cawannya kepada makhluk Allah yang sedang berdiri disebelahnya. Erin berasa pelik kerana cawan yang dihulurkan tidak diambil oleh arin lalu diangkat wajahnya dan…. “maa!!”erin terjerit kecil kerana terkejut makhluk yang disangkakan arin rupa-rupanya haiqal!erin cepat-cepat berdiri. “errr… maaf…” haiqal merenung tajam menyebabkan erin tertunduk.
“wei..wei..apahal ni?nak cari gaduh?”jerkah arin bagi menyelamatkan kakaknya.
“saya nak duduk sini..”ujar haiqal sambil memegang penyandar kerusi yang diduduki oleh erin menyebabkan erin menjongketkan keningnya.
“hei!!dah tak ada tempat lain ke nak duduk?”marah arin.
“ehh.. tak apa.. duduklah..”erin menjemput haiqal duduk di kerusinnya. Dalam hati hanya Allah je yang tahu bengangnya dia tapi tetap disabarkan hati kerana tidak mahu menimbulkan masalah. Dengan senang hati haiqal duduk dikerusi itu.
“encik nak minum apa?”tanya erin.
“minuman apa yang istimewa kat sini?”soal Daniel sambil tersenyum ramah.
“err… minuman istimewa kat sini ialah kopi aerin..”dahi haiqal berkerut-kerut mendengar nama kopi yang dikatakan istimewa itu.. ‘aerin?’
“kopi aerin?”soal Daniel lagi.
“emm.. aerin ialah gabungan nama kami erin dan arin. Kami berdua yang mencipta ramuan kopi aerin ni..”jelas arin yang sudah bosan menanti untuk menjamin keselamatan kakaknya.
Dengan senyuman.. “okey…bagi dua..”
“baik..sekejap lagi pesanan encik siap..”erin berjalan menuju ke dapur diiringi oleh arin yang sempat member jelingan maut kepada musuh tidak rasminya.

“wahh…. Garang gila bakal tunang abang..”usik haiqal menyebabkan siku Daniel yang diletakkan diatas meja terjatuh..
“sshhhh…. Perlahan sikit…”tegur Daniel. Haiqal hanya tersengih.

No comments:

Post a Comment