KAFE AERIN

sambungan bab 1 (3)


“mama!!!”erin hanya menundukkan wajahnya. “arin tak nak kahwin lagilah ma… arin masih muda lagi…”
“mama Cuma nak tunangkan dulu.. bukannya kahwin terus.. lagipun anak-anak tan sri tu semua baik-baik.. puan adira tu pula kawan baik mama..”pujuk puan ellysha.arin menghentakkan kakinya tanda memprotes tindakan puan ellysha yang mahu menjodohkannya dan erin dengan anak-anak tan sri yang tidak dikenali.
“erin..”panggil puan ellysha.erin mengangkat wajah memandang puan ellysha dengan senyuman hambar.
“erin bolehkan terima cadangan mama ni?”erin hanya menundukkan muka.
“ma… mama tak boleh paksa arin dengan kakak ma..”ujar arin sayu. Puan ellysha hanya mendiamkan diri. “mama.. arin tak kisah kalau mama nak jodoh arin dengan anak tan sri ke anak dato’ ke anak raja sekali pun arin tak kisah ma..tapi bukan sekarang.. bukan waktu arin masih muda lagi..”terang arin panjang lebar menyebabkan dato’ haris yang diam sejak tadi terkebil-kebil memandang anak bongsunya.
“betul tu ma.. diaorang ni masih muda lagi.. bagilah peluang erin dengan arin hidup bujang dulu..”sampuk eric anak sulung dato’ haris.
“anak-anak mama dah tak sayangkan mama ke?”ujar puan ellysha lirih matanya berkaca. Eric , erin , dan arin tersentak mendengar kata-kata puan ellysha yang seperti menjauh hati terhadap mereka semua.erin perlahan-lahan bangun dan duduk bersimpuh dihadapan puan ellysha.
“ma.. erin minta maaf..”erin mengambil tangan puan ellysha lalu dikucupnya..
“mama nak tengok anak-anak mama happy.. mama tak tahu umur mama panjang ke tak..mungkin setahun dua je umur mama.. mama teringin nak timang cucu sebelum mama tutup mata.. ini je pemintaan mama.. anak-anak mama tak boleh nak tunaikan ke?”air mata erin jatuh.
“ma.. mama nak erin kahwin?”tanya erin.puan ellysha mengangguk.
“okey.. erin setuju.. mama buatlah apa pun asalkan mama happy..”ujar erin sambil tersenyum kemudian dia memeluk erat puan ellysha.. “maafkan erin..”
“ma…”panggil arin dengan mata yang memerah lantas memeluk puan ellysha.. eric pula hanya tertunduk menyembunyikan air mata lelakinya.puan ellysha mengkerling kearah dato’ haris seraya tersenyum menang ‘menjadi juga pujukan air mata ni..hehe’.Dato’ haris hanya memandang sambil menggeleng-gelengkan kepala. ‘lysha..lysha.. senang benar awak nak membeli hati anak-anak..’

* * * * * *

“kak.. macam manalah nasib kita nanti?muda-muda lagi dah kahwin…”keluh arin sebaik melangkah masuk kedalam kamar serba pink erin lalu direbahkan badannya kekatil empuk erin. Hanya keluhan yang terlahir dari bibir erin.

Tuk..tuk..

“masuklah..”kata erin perlahan. Eric menjengahkan kepalanya melihat adik-adik kesayangannya. “masuklah bang…”jemput erin lagi.. eric dengan perlahan-lahan masuk dan menutup pintu bilik. “adik-adik abang okey ke ni?” soal eric seraya merebahkan diri di kerusi yang berada di hujung sudut.erin merenung kosong kearah abangnya.
“abang sayangkan arin dengan kak erin tak?”soal arin. “of course abang sayang..kauorang jelah adik-adik abang dunia akhirat..”arin tersenyum..
“kalau macam tu… nanti kalau arin dengan akak kahwin.. abang mesti jaga kitaorang juga tau macam sekarang ni..”kata arin dengan harapan. Eric sedih dengan kata-kata arin.
“janji ya bang..”ujar arin lagi sambil menghulurkan jari kelingkingnya. Eric merenung jari arin kemudian dia tersenyum seraya menyambut huluran jari arin. Kini jari mereka bertaut. “abang janji..” ‘ya… aku janji akan menjaga kau berdua… aku tak akan biarkan sesiapa pun cederakan adik-adik aku…”mata eric beralih kearah erin..
“erin…”panggil eric sambil menggangkat dagu erin. Ditatapnya wajah mendung erin.. “erin.. jangan risau ye.. abang tetap akan jaga erin bila erin jadi isteri orang.. kalau bakal laki erin tu berani buli erin.. erin beritahu je kat abang.. biar nanti abang karate tengkuk dia… dushh..dushh…”bebel eric sambil membuat aksi-aksi lucu.. erin yang melihat telatah eric tertawa dalam tangisan.
Eric terus mendakap tubuh erin bila dia melihat kesengsaraan erin.. dia tahu erin masih takut dengan lelaki dan dia takut perkara dulu akan berulang..





“erin!!! Ya Allah… kenapa ni dik?”eric merasakan jantungnya seakan berhenti apabila melihat keadaan erin yang kusut masai sambil menangis-nangis. “erin?”panggil eric sambil mengangkat dagu erin supaya memandang kearahnya..
“abang….”terus erin memeluk eric sambil menangis teresak-esak.eric hanya mampu mengusap rambut erin bagi menenangkan hati adiknya itu..
“beritahu abang… apa yang dah jadi?”soal eric sebaik erin selesai membersihkan diri.erin hanya mendiamkan diri dan tunduk. “erin?”
“abang.. hadi…”jantung eric seakan mahu tercabut mendengar nama lelaki yang telah ditolak cintanya oleh erin.

“okey.. aku tak kisah kalau kau tolak aku.. tapi tak kan sebagai kawan pun kau tolak juga?”soal hadi sedikit berang.
“hadi.. maaf.. okey.. aku terima kau sebagai kawan..”balas erin.hadi tersenyum puas.
“baguslah.. aku tahu kau baik.. sebab tu aku suka kat kau.. ehh… jom pergi makan nak?”ajak hadi.erin serba salah mahu menerima ajakan hadi. “erin?kau dah terima aku sebagai kawan… takkan aku nak ajak makan pun tak boleh?”ujar hadi separuh sayu membuatkan erin bertambah serba salah.. “sorry hadi.. tapi aku tak biasa keluar dengan lelaki..”
“erin… kita Cuma kawan je.. bukannya ada apa-apa hubungan pun… ke atau kau tak percaya kat aku?”tuduh hadi.
“okey..okey.. aku ikut kau makan.. tapi makan je.. lepas tu kita terus balik..”hadi mengangguk pantas.hadi menekan pedal minyak dan terus keretanya meluncur laju sehingga mereka tiba di kawasan perumahan..
“err… hadi.. kita nak pergi mana?”soal erin sedikit takut.
“aku nak ambil wallet aku.. tertinggal kat rumah..”balas hadi selamba.hadi memberhentikan keretanya di sebuah rumah teres dua tingkat..
“kau tunggu dulu.. aku nak masuk dalam..”arah hadi lalu keluar dari kereta.erin mengiringkan badannya kearah tempat duduk pemandu.tiba-tiba pintu tempat erin dibuka.baru sahaja erin mahu menoleh satu tangan menutup mulutnya dan mengheretnya masuk kedalam rumah. ,ya Allah.. apa yang dah berlaku ni?’tubuh erin dibaling keatas katil queen dan kedengaran tawa seorang lelaki.erin menoleh..
“ha..hadi… apa semua ni?”soal erin panic.. sekali lagi hadi tertawa. “inilah balasan kalau kau berani tolak aku!”tengking hadi.
“hadi.. please.. aku minta maaf kalau aku buat salah.. tapi.. tolong jangan buat aku macam ni..”rayu erin. “kau nak aku lepaskan kau?gila!takkan aku nak lepaskan kau yang dah ada betul-betul kat depan aku ni?”
“kau..kau nak apa?”jerit erin. “aku nak kau!” erin semakin panic.untuk menjaga maruah diri erin terpaksa memikirkan jalan untuk meloloskan diri.dengan adanya ruang erin berlari menuju ke muka pintu malangnya hadi lebih pantas menarik dan menolak tubuh erin ke katil semula. erin merasakan sesuatu menindih pahanya bila dilihat hadi sudah duduk dipahanya seraya menanggalkan baju. “hadi… please hadi.. jangan buat aku macam ni…” rayu erin sambil memukul-mukul dada hadi.
“jangan kau mimpi aku akan lepaskan kau!”
“tolongggg!!!!!!”satu tamparan hinggap di pipi gebunya. “baik kau diam… jangan sampai teruk aku kerjakan kau!”dengan rakus hadi mengomol wajah erin. ‘ya Allah.. tolong aku… aku tak mampu nak lawan..’dengan debaran dan maruah yang ada erin menendang kemaluan hadi. Hadi membongkok menahan senak erin dengan pantas melarikan diri tetapi sempat dia menangkap suara hadi “aku tak akan lepaskan kau!!aku akan cari kau!”

No comments:

Post a Comment